Dalam
geografi,
tebing ialah tanah yang terbentuk di samping
jasad air. Struktur yang berbeza dirujuk sebagai tebing dalam bidang geografi yang berbeza, seperti berikut. Dalam
limnologi (iaitu kajian tentang perairan pedalaman) pula,
tebing sungai ialah
bentuk muka bumi di sepanjang
dasar sungai, caruk (anak sungai), atau
sungai.
[1] Tebing sungai terdiri daripada sisi
alur, di antaranya
aliran sungai yang terkurung.
[1] Tebing sungai mempunyai bidang khusus dalam geografi
fluvium, iaitu mengkaji proses yang berkaitan dengan sungai dan saliran serta proses
pengendapan dan
bentuk muka bumi yang dicipta olehnya sendiri. Luahan penuh tebing merupakan
pelepasan/luahan yang hebat untuk mengisi alur dan mengatasi tebing sungai.
[2]Istilah deskriptif mengenai tebing kiri dan tebing kanan merujuk kepada perspektif pemerhati yang melihat ke
muara sungai; contoh yang terkenal ialah bahagian-bahagian
Paris seperti yang dapat dilihat di
Sungai Seine. Garis
pinggir laut iaitu
kolam,
paya,
muara,
takungan, atau
tasik juga berkaitan dalam
limnologi dan kadangkala dirujuk sebagai tebing sungai. Darjah semua tebing atau garis pinggir laut ini boleh berbeza dari cerun yang menegak ke cerun cetek.